tentang kami

FARIS MAIMUN ACADEMY (FMAC) dahulunya dikenali sebagai Towards Pro Training Consultant merupakan sebuah firma perunding latihan dan motivasi yang fokus secara serius dalam bidang latihan bina insan dan kemenjadian murid. Kami telah mengendalikan pelbagai program berbentuk ceramah, seminar, kursus dan kem. Kami terdiri daripada barisan trainer (jurulatih) berpengalaman yang memenuhi kehendak jiwa untuk generasi masa kini yang dikenali sebagai generasi “XYZ” dan generasi Alfa serta generasi pasca Covid-19.

Firma kami telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2018 dengan gandingan daripada barisan jurulatih dan telah mengendalikan lebih daripada 35,000 orang peserta sehingga awal Disember 2023 melibatkan lebih 200 buah institusi pendidikan bermula daripada peringkat pendidikan awal kanak-kanak (TADIKA), sekolah rendah, sekolah menengah, kolej swasta, institusi pengajian tinggi dan juga sektor-sektor korporat daripada agensi kerajaan dan swasta.

Pengasas/Pengurus

Sdr Faris Maimun

Beliau merupakan pengurus dan pengasas Faris Maimun Academy. Beliau juga Beliau merupakan graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undang-Undang. Latar belakang pendidikan bermula daripada SJK (C) Yuk Chai, Kuala Krai dan meneruskan pendidikan  di SMK Sultan Yahya Petra (1), Kuala Krai. Beliau menamatkan persekolahan di SMK Kampong Chengal, Ketereh, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Information, Communication and Technology (ICT) di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya pada tahun 2008.

Kini, beliau aktif dalam masyarakat setempat dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SKUAD Antidadah Kuala Krai, Setiausaha Persatuan Penggiat Senibudaya, Warisan dan Pelancongan Kuala Krai, Penolong Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Guchil Luar, Setiausaha Kerja Persatuan Penternak Ikan Air Tawar Kelantan (PIKAT), Ahli Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kuala Krai (bawah selian Jabatan Kebajikan Masyarakat). Pernah berkhidmat sebagai peguambela dan peguamcara di Tetuan Nik Hisham , Fakihah & Co.